Sistem Kutipan Yuran (SKY4ALL) — MJ Solutions
Versi: 1.0 | Berkuat kuasa: 8 Ogos 2026
"MJ Solutions" / "kami" — MJ SOLUTIONS (No. Pendaftaran SSM: 200903007371), pembekal Sistem Kutipan Yuran (SKY dan SKY4ALL).
"Pelanggan" / "tuan/puan" — persatuan, organisasi, PIBG atau badan kebajikan yang melanggan Sistem.
"Sistem" — perisian Sistem Kutipan Yuran (SKY4ALL) beserta modul yang dilanggan.
"Langganan" — hak menggunakan Sistem bagi tempoh yang dibayar.
"Data Pelanggan" — semua data yang dimasukkan ke dalam Sistem oleh Pelanggan atau penggunanya, termasuk rekod Sub-Ahli, Ahli, yuran dan bayaran.
2.1 MJ Solutions menyediakan Sistem sebagai perkhidmatan dalam talian bagi tujuan pengurusan rekod dan kutipan yuran.
2.2 Langganan asas merangkumi pakej yang dipilih semasa pendaftaran. Modul tambahan — Resit Induk, Bayaran Online, SMS — dilanggan secara berasingan dengan bayaran tambahan.
2.3 MJ Solutions berhak menambah baik, mengubah suai atau menggantikan ciri Sistem dari semasa ke semasa. Perubahan yang mengurangkan fungsi utama secara material akan dimaklumkan terlebih dahulu.
2.4 Sistem disediakan sebagai perkhidmatan berkongsi. MJ Solutions tidak menyediakan pemasangan khusus, pengubahsuaian atas permintaan, atau integrasi dengan sistem pihak ketiga melainkan dipersetujui secara berasingan dan bertulis.
2.5 Gerbang pembayaran. Bagi kutipan yuran dalam talian, Pelanggan mendaftar akaun merchant sendiri dengan penyedia gerbang pembayaran (toyyibPay, senangPay atau yang setara). Perjanjian merchant, terma perkhidmatan, kadar caj dan jadual penyelesaian (settlement) adalah antara Pelanggan dan penyedia gerbang tersebut secara langsung.
2.6 Peranan MJ Solutions terhad kepada menyediakan sambungan teknikal antara Sistem dan akaun merchant Pelanggan. Wang kutipan tidak melalui MJ Solutions pada bila-bila masa — bayaran mengalir terus dari pembayar kepada akaun merchant Pelanggan. Yuran yang dikenakan MJ Solutions adalah semata-mata bagi mengaktifkan dan menyelenggara modul dalam Sistem.
3.1 Langganan bermula selepas tempahan diterima, bayaran disahkan, dan akaun diaktifkan oleh MJ Solutions.
3.2 Pelanggan bertanggungjawab melantik pegawai yang bertanggungjawab dan memastikan maklumat perhubungan sentiasa terkini.
3.3 Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerahsiaan nama pengguna, kata laluan dan kod OTP, serta semua aktiviti yang berlaku melalui akaun mereka.
3.4 Pelanggan hendaklah memaklumkan MJ Solutions dengan segera sekiranya mengesyaki akaun telah diakses tanpa kebenaran.
4.1 Kadar langganan dan modul adalah seperti yang dipaparkan dalam borang tempahan pada masa pendaftaran atau pembaharuan.
4.2 Bayaran boleh dibuat melalui gerbang pembayaran yang disediakan (toyyibPay, senangPay) atau pemindahan bank manual, mengikut pilihan yang tersedia.
4.3 Caj transaksi yang dikenakan oleh gerbang pembayaran ditanggung mengikut tetapan yang dipaparkan semasa pembayaran.
4.4 Bagi bayaran manual, langganan hanya diaktifkan selepas bukti pembayaran disahkan oleh MJ Solutions.
4.5 MJ Solutions boleh meminda kadar langganan pada bila-bila masa. Kadar baharu terpakai kepada tempahan baharu dan pembaharuan sahaja — langganan yang sedang berjalan kekal pada kadar yang telah dibayar sehingga tempoh tamat.
4.6 Kadar semasa sentiasa dipaparkan dalam borang tempahan dan pembaharuan sebelum pembayaran dibuat. Pelanggan dianggap menerima kadar tersebut apabila meneruskan pembayaran.
5.1 Langganan adalah bagi tempoh bulanan atau tahunan seperti dipilih.
5.2 Langganan tidak diperbaharui secara automatik. Pelanggan perlu membuat pembaharuan melalui Sistem sebelum tarikh tamat.
5.3 Pelanggan bertanggungjawab memantau tarikh tamat langganan sendiri. Tarikh tamat dipaparkan dalam Sistem. MJ Solutions tidak menghantar peringatan pembaharuan dan tidak bertanggungjawab ke atas gangguan perkhidmatan akibat pembaharuan yang lewat.
5.4 Apabila tempoh langganan tamat, capaian pengguna kepada Sistem akan disekat. Data Pelanggan tidak dipadam pada ketika itu — rujuk Seksyen 10.
5.5 Pelanggan boleh memperbaharui langganan selepas tamat. Sekiranya pembaharuan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tamat, capaian dipulihkan bersama data sedia ada.
5.6 Selepas tempoh 6 bulan, MJ Solutions tidak menjamin data lama masih tersedia. Pembaharuan pada peringkat ini mungkin memerlukan langganan baharu dengan kemasukan data semula. Pelanggan yang bercadang untuk kembali menggunakan Sistem dinasihatkan berhubung dengan MJ Solutions terlebih dahulu untuk menyemak status data mereka.
6.1 Kredit SMS dibeli secara prabayar dan ditolak mengikut penggunaan.
6.2 Kredit SMS tidak boleh ditukar kepada wang tunai dan tidak dikembalikan.
6.3 Kredit SMS tidak luput. Walau bagaimanapun, kredit hanya boleh digunakan melalui modul SMS dalam Sistem — apabila langganan atau modul SMS tidak lagi aktif, kredit kekal terkumpul tetapi tidak boleh diakses sehingga langganan diaktifkan semula.
6.4 Penghantaran SMS bergantung kepada rangkaian pembekal telekomunikasi. MJ Solutions tidak menjamin penghantaran setiap mesej dan tidak bertanggungjawab ke atas kelewatan atau kegagalan rangkaian.
7.1 Bayaran langganan yang telah diterima tidak dikembalikan, kecuali dalam keadaan berikut:
7.2 Permohonan pembatalan hendaklah dibuat secara bertulis melalui emel dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembayaran.
7.3 Pembatalan oleh Pelanggan di pertengahan tempoh langganan tidak melayakkan bayaran balik secara pro-rata.
7.4 Sekiranya bayaran balik terpakai di bawah 7.1(b) — iaitu MJ Solutions tidak dapat menyediakan Sistem atas sebab di pihak kami — jumlah yang dikembalikan adalah secara pro-rata bagi baki tempoh langganan yang belum digunakan.
7.5 Bayaran balik yang diluluskan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja ke akaun asal pembayaran.
8.1 Memastikan data yang dimasukkan adalah tepat dan dikemas kini.
8.2 Menggunakan Sistem hanya bagi tujuan yang sah dan mengikut undang-undang yang terpakai.
8.3 Tidak berkongsi akaun dengan pihak yang tidak dibenarkan, tidak cuba mengakses data Pelanggan lain, dan tidak cuba menceroboh, menyalin atau merekayasa balik Sistem.
8.4 Memastikan pengumpulan dan penggunaan data peribadi Ahli dan Sub-Ahli mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 — rujuk Seksyen 11.
8.5 Sekiranya pihak ketiga — termasuk Ahli, Sub-Ahli atau pihak berkuasa — membuat tuntutan terhadap MJ Solutions akibat penggunaan Sistem oleh Pelanggan yang melanggar terma ini atau undang-undang, Pelanggan hendaklah menanggung kos munasabah yang ditanggung oleh MJ Solutions berhubung tuntutan tersebut.
9.1 MJ Solutions berusaha menyediakan Sistem secara berterusan, tetapi tidak menjamin perkhidmatan bebas gangguan atau bebas ralat.
9.2 Penyelenggaraan berjadual akan dimaklumkan terlebih dahulu jika boleh dilaksanakan. Penyelenggaraan kecemasan boleh dijalankan tanpa notis.
9.3 Sokongan teknikal disediakan melalui emel dan WhatsApp pada waktu bekerja. Saluran bertulis digunakan supaya setiap permintaan sokongan mempunyai rekod yang boleh dirujuk semula oleh kedua-dua pihak — termasuk apa yang dilaporkan, bila, dan tindakan yang diambil. Permintaan yang dibuat melalui panggilan telefon mungkin diminta dikemukakan semula secara bertulis sebelum tindakan diambil.
9.4 Sokongan meliputi bantuan penggunaan Sistem dan pembetulan ralat. Ia tidak meliputi kemasukan data, latihan lanjutan, atau pemulihan data yang dipadam oleh Pelanggan sendiri.
9.5 Sandaran data dilakukan secara berkala oleh MJ Solutions bagi tujuan pemulihan bencana. Sandaran ini bukan perkhidmatan arkib untuk Pelanggan.
9.6 Perkhidmatan pihak ketiga. Sistem bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga, termasuk gerbang pembayaran, pembekal SMS, pembekal emel dan penyedia pengehosan. MJ Solutions tidak bertanggungjawab ke atas:
9.7 Sebarang tuntutan berkaitan perkara di 9.6 hendaklah dikemukakan oleh Pelanggan terus kepada penyedia perkhidmatan berkenaan. MJ Solutions akan memberikan kerjasama munasabah dalam menyediakan rekod teknikal yang berkaitan, tetapi tidak menanggung liabiliti bagi tindakan atau kegagalan pihak ketiga.
10.1 Data Pelanggan kekal milik Pelanggan. MJ Solutions tidak menuntut hak pemilikan ke atasnya.
10.2 MJ Solutions memproses Data Pelanggan semata-mata bagi menyediakan Sistem, dan tidak akan menjual, menyewakan atau mendedahkannya kepada pihak ketiga kecuali sebagaimana dinyatakan dalam Notis Privasi atau dikehendaki undang-undang.
10.3 Semasa langganan aktif, Pelanggan boleh mengeksport data melalui fungsi laporan yang disediakan dalam Sistem.
10.4 Selepas langganan tamat:
10.5 Rekod kewangan (resit, invois, transaksi) mungkin dikekalkan lebih lama bagi memenuhi kewajipan perakaunan dan cukai.
11.1 Bagi data peribadi Ahli dan Sub-Ahli, Pelanggan ialah Pengawal Data dan MJ Solutions ialah Pemproses Data yang bertindak mengikut arahan Pelanggan.
11.2 Sebagai Pengawal Data, Pelanggan bertanggungjawab memberikan notis privasi kepada subjek data dan menjawab permohonan akses atau pembetulan. Sistem menyediakan notis privasi bagi memudahkan tanggungjawab ini.
11.3 MJ Solutions melaksanakan langkah keselamatan yang munasabah selaras dengan Seksyen 9 Akta 709, dan akan memaklumkan Pelanggan tanpa lengah munasabah sekiranya berlaku pelanggaran data yang menjejaskan Data Pelanggan.
11.4 Bagi maklumat organisasi dan pegawai bertanggungjawab yang dikumpul semasa tempahan, MJ Solutions bertindak sebagai Pengawal Data. Rujuk Notis Privasi Langganan.
12.1 Sistem, kod sumber, reka bentuk dan bahan berkaitan kekal menjadi hak milik MJ Solutions.
12.2 Langganan memberikan Pelanggan lesen bukan eksklusif dan tidak boleh dipindah milik untuk menggunakan Sistem sepanjang tempoh langganan sahaja.
13.1 Sistem disediakan dalam keadaan sedia ada (as is). Setakat yang dibenarkan undang-undang, MJ Solutions tidak memberi apa-apa jaminan selain daripada yang dinyatakan secara nyata dalam terma ini — termasuk jaminan tersirat bahawa Sistem sesuai bagi tujuan tertentu Pelanggan.
13.2 MJ Solutions tidak bertanggungjawab ke atas kerugian tidak langsung, sampingan atau berbangkit, termasuk kehilangan keuntungan, kehilangan peluang atau kerosakan reputasi.
13.2A Seksyen 9.6 dan 9.7 terpakai sepenuhnya. Perkara yang dikecualikan di bawah seksyen tersebut — khususnya kelewatan penyelesaian dan kegagalan gerbang pembayaran — adalah dikecualikan sepenuhnya daripada liabiliti MJ Solutions, dan bukan sekadar tertakluk kepada had di 13.3.
13.3 Setakat yang dibenarkan undang-undang, jumlah liabiliti terkumpul MJ Solutions bagi semua tuntutan tidak melebihi jumlah bayaran yang diterima daripada Pelanggan bagi langganan dan modul dalam tempoh 12 bulan sebelum kejadian yang menimbulkan tuntutan tersebut.
13.4 Bagi mengelakkan keraguan, had di 13.3 dikira berdasarkan bayaran yang benar-benar diterima oleh MJ Solutions daripada Pelanggan, iaitu:
13.4A Had tersebut adalah terkumpul bagi setiap Pelanggan — ia merupakan jumlah maksimum bagi kesemua tuntutan Pelanggan tersebut, dan bukan had bagi setiap tuntutan secara berasingan.
13.5 Apa-apa tuntutan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada MJ Solutions dalam tempoh 12 bulan dari tarikh Pelanggan menyedari kejadian yang menimbulkan tuntutan tersebut.
13.6 Had di atas tidak terpakai kepada liabiliti yang tidak boleh dikecualikan atau dihadkan di sisi undang-undang, termasuk liabiliti akibat penipuan atau salah nyata secara fraud.
14.1 MJ Solutions boleh menggantung capaian dengan serta-merta sekiranya:
14.2 Sekiranya penggantungan disebabkan pelanggaran yang boleh diperbetulkan, MJ Solutions akan memberi notis 7 hari untuk pembetulan sebelum penamatan.
14.3 Pelanggan boleh menamatkan langganan pada bila-bila masa dengan notis bertulis. Seksyen 7 terpakai bagi bayaran balik.
14.4 Selepas penamatan, Seksyen 10.4 terpakai kepada Data Pelanggan.
15.1 MJ Solutions boleh meminda terma ini dari semasa ke semasa. Versi terkini sentiasa disiarkan di https://sistem-maklumat.com.my/sky4all/terma_syarat.php.
15.2 Pindaan terma tidak berkuat kuasa di pertengahan tempoh langganan yang sedang berjalan. Terma yang dipinda hanya terpakai kepada Pelanggan mulai pembaharuan langganan yang berikutnya.
15.3 Semasa pembaharuan, Pelanggan akan diminta mengesahkan penerimaan versi terma yang berkuat kuasa pada masa itu. Penerimaan tersebut direkodkan bersama versi terma, tarikh dan masa.
15.4 Bagi Pelanggan yang langganannya sedang berjalan ketika terma ini mula disiarkan, terma ini terpakai sepenuhnya mulai pembaharuan yang berikutnya. Penggunaan berterusan Sistem selepas terma ini dimaklumkan kepada Pelanggan menandakan penerimaan terma bagi tempoh langganan semasa.
MJ Solutions tidak bertanggungjawab ke atas kegagalan atau kelewatan yang disebabkan oleh keadaan di luar kawalan munasabah, termasuk bencana alam, gangguan bekalan elektrik atau internet, tindakan pihak berkuasa, atau kegagalan pembekal perkhidmatan pihak ketiga.
17.1 Kebolehasingan. Sekiranya mana-mana peruntukan dalam terma ini didapati tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan atau menyalahi undang-undang oleh mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, peruntukan tersebut hendaklah diasingkan dan peruntukan yang selebihnya kekal sah dan berkuat kuasa sepenuhnya.
17.2 Sekiranya mana-mana had liabiliti dalam Seksyen 13 didapati tidak boleh dikuatkuasakan, had tersebut hendaklah ditafsirkan sebagai dihadkan kepada tahap maksimum yang dibenarkan undang-undang, dan bukan digugurkan sepenuhnya.
17.3 Keseluruhan perjanjian. Terma ini, bersama Notis Privasi yang berkaitan, membentuk keseluruhan perjanjian antara pihak-pihak berhubung Sistem, dan menggantikan sebarang perbincangan, representasi atau perjanjian lisan terdahulu.
17.4 Tiada penepian. Kegagalan atau kelewatan MJ Solutions menguatkuasakan mana-mana peruntukan bukan merupakan penepian hak tersebut, dan tidak menghalang penguatkuasaan kemudian.
17.5 Penyerahhakan. Pelanggan tidak boleh menyerahkan hak di bawah terma ini kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis MJ Solutions.
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia, dan pihak-pihak bersetuju menyerahkan kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia.
MJ SOLUTIONS
No. Pendaftaran SSM: 200903007371
Emel: sales.skyonline@gmail.com
Telefon: 019-3954573