Apa Itu Sistem Kutipan Yuran - SKY ONLINE?

Sistem kutipan Yuran - Sky Online dari https://sistem-maklumat.com merupakan satu sistem atau aplikasi online yang bertujuan untuk memudahkan segala urusan berkaitan kutipan yuran. Ianya merupakan satu sistem yg lengkap yang mampu merekod pelbagai jenis yuran, mencetak resit, mengeluarkan laporan, menghantar peringatan dan juga menerima bayaran yuran secara online. Sangat sesuai digunakan oleh Tadika, Kafa Integrasi, SRA, Maahad, PiBG, Pusat Tuisyen, Taska dan juga Persatuan Penduduk. Boleh juga digunakan oleh mana-mana organisasi yg mempunyai bayaran yuran berkala.

 

Nak Order?

SRA, Tadika, Kafa Integrasi, SRA, Maahad, PiBG, Pusat Tuisyen

Persatuan Penduduk, Badan Khairat Kematian

https://sistem-maklumat.com.my/sky/order_online.php

https://sistem-maklumat.com.my/sky4all/order_online.php

 

Kelebihan menggunakan Sistem Kutipan Yuran - Sky Online.

Kepada Ibu/Bapa/Pembayar Yuran

1.      Boleh buat semakan rekod bayaran anak sendiri/ahli bila-bila masa.

2.      Tidak perlu pergi ke kelas setiap anak untuk membayar yuran, SKY akan menyenaraikan nama anak-anak ibubapa tersebut dan memudahkan urusan pembayaran yuran mereka.

3.      Boleh memantau dan membuat bayaran secara online terus kepada SKY dan menerima resit tanpa perlu pergi ke sekolah/pejabat.

 

Kepada Pihak Pengurusan

1.      Sistem dapat mengesan siapa yang merekod data.

2.      Hanya pengguna Administrator yang boleh ubahsuai data..

3.      Kaedah carian yang cepat - pengguna boleh mencari maklumat dengan cepat.

4.      Maklumat ibubapa/ahli (cth: no untuk dihubungi) dan pelajar (cth: no surat beranak) boleh didapati dengan mudah.

5.      Status jumlah bayaran dan tunggakan boleh didapati bila-bila masa, tanpa perlu menunggu buku-buku resit dari guru/kerani/sekuriti dikumpul dan dikira.

6.      Pemantauan jumlah bayaran dan tunggakan secara individu, kelas/komuniti dan keseluruhan sekolah/komuniti.

 

Kepada Guru/Kerani/Sekuriti:

1.      Kutipan yuran yang mudah dan cepat - pengguna hanya perlu mencari nama pelajar/ahli, dan klik dibahagian yuran yang ingin dibayar, sistem akan mengeluarkan noresit secara automatik. Pengguna boleh terus mencetak resit (tidak perlu menulis lagi).

2.      Serahan yang lengkap dan kemas - Serahan kutipan yuran boleh dilakukan dengan mudah. Sistem akan mengeluarkan senarai mengikut tarikh yang dikehendaki dan menjumlahkan sekali kutipan hari tersebut. Tiada lagi perlu menulis senarai yang panjang dan mengira jumlah satu persatu.

3.      Senarai nama pelajar/ahli mengikut kelas/komuniti boleh diambil bila-bila masa dan terkini.

4.      Guru kelas boleh memantau kutipan yuran kelas mereka dengan mudah.

5.      Boleh mengetahui jika Yuran Sekeluarga pelajar kelasnya dibayar oleh adik beradik pelajar tersebut di kelas lain.

 

Pautan: